Thursday, August 11, 2011

MeNaNGiS?!



Apa itu MENANGIS???Menangis merupakan satu ungkapan sedih serta kebahagiaan.Menangis adalah naluri, fitrah manusia yang merupakan nikmat drpd Allah SWT. Air mata seorang manusia hanyalah ibarat air kotor di sebuah longkang. Namun, setitis air mata kerana takut kpd Allah laksana permata indah bergemerlapan terpancar dr segala arah dan penjuru.Penghuni syurga ialah mereka yang byk mencucurkan air mata demi Allah dan RasulNya, bukan kerana harta dan kedudukan. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Tiada suatu yang lebih aku suka dr dua titisan, iaitu titisan darah yang tumpah kerana jihad fi sabilillah dan titisan air mata yang mengalir kerana rasa takut dan rindu kpd Allah”.

Rasulullah juga pernah bersabda:

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah SWT dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.”

Betapa mahalnya titisan air mata yang mengalir kerana ibadah. Namun begitu, ramai di antara manusia yang menangis kerana dunia, sedangkan terlalu sedikit yang menangis kerana akhirat.

Menangis adalah satu tabiat yang melekat dlm diri manusia. Namun, tidak semua tangisan adalah sama.

JeNiS-JeNiS TaNGiSaN
1) menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati,
2) menangis kerana rasa takut,
3) menangis kerana cinta,
4) menangis kerana gembira,
5) menangis kerana menghadapi penderitaan,
6) menangis kerana terlalu sedih,
7) menangis kerana terasa hina dan lemah,
8) menangis untuk mendapat belas kasihan org,
9) menangis kerana mengikut-ikut org menangis,
10)menangis org munafik(pura2 menangis).

---->>>ni saya copyright....hehe.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Nuril ! Like Kalau Suka ! ♥

0 comments:

Post a Comment